20 August 2012

Fujitsu Lifebook T902




Fujitsu memperkenalkan produk terbarunya, laptop mudah alih, Lifebook T902 yang boleh berubah bentuk menjadi tablet dilengkapi spesifikasi teknologi yang hebat.

Skrin sentuh kaca berukuran 13.3 inci HD+ (1.600◊900 piksel) membolehkan anda menyentuh secara serentak dengan sepuluh jari.
Skrin ini dilengkapi dengan lapisan pelindung Gorilla Glass, paparan skrin lebar anti-glare, anti-microbial, spill-resistant keyboard dan trackpad. Pada bahagian prosesor, ia didatangkan dengan dua pilihan iaitu Intel Core i5 ataupun core i7 iVy Bridge (prosesor intel generasi ketiga).

Selain itu, laptop ini juga menyokong RAM sehingga 16 GB DDR3-1600 MHz.

Anda juga boleh menggunakan HDD tambahan ataupun bateri tambahan.

Sebagai fungsi tambahan, laptop ini dilengkapi beberapa elemen lain seperti Smart Card, pengesan jari biometric, HDD dan perlindungan kata laluan, Computrace support, Anti kecurian Intel dan sebuah panel sekuriti.



LIFEBOOK T902 − Skrin berukuran 13.3 inci
− RAM sehingga 16 GB
− Menggunakan pemprosesan Intel Core i5.

Read more

Canon Pixma MX372






Pasti sangat menjengkelkan jika harus berhadapan dengan pencetak yang sering tersekat atau lambat. Canon tampil dengan Canon Pixma MX372 yang mempermudah kerja mencetak dokumen.

Ini kerana pencetak ini menggunakan pengisian katrij (cartridge loading) sistem terbaru. Bukan itu saja, pencetak terbaru ini juga dilengkapi dengan kemudahan pengimbasan (scanner).
Pencetak Canon Pixma MX372 menggunakan pengisian dokumen secara automatik (autodocument feeder) yang memungkinkan hands-free scanning (pengimbasan tanpa pegang). Canon Pixma MX372 turut dilengkapi dengan 30 halaman autodocument feeder dan 100 lembar kertas pada input drawer.

INFO: Canon Pixma MX372

− Menggunakan pengisian katrij sistem terbaru.

− Dilengkapi pengisian 30 halaman dokumen automatik (autodocument feeder)
− Dilengkapi dengan pengimbasan (scanner)


Read more

8 August 2012

HARD DISK TERPANTAS MASA KINI (SSD)



  Terbaru Solid-State Drive (SSD) boleh memberikan keyakinan lebih tinggi dan prestasi lebih pantas berbanding Hard Disk Drive (HDD). SSD adalah storan yang menggunakan memori flash NAND ‘tidak meruap’ (data tidak hilang apabila sumber kuasa dihentikan) untuk menyimpan data yang secara tradisinya bergantung kepada HDD mekanikal. Selain memori flash, komponennya meliputi pengawal, penghubung (SATA) dan papan litar.

FAKTA MENARIK SSD
     Harus diingatkan bahawa halangan utama dalam pemilihan SSD adalah harganya yang jauh lebih tinggi berbanding HDD. Contohnya, anda perlu membayar lebih untuk sebuah ultrabook yang dilengkapi SSD. Malah, kapasiti SSD yang ditawarkan biasanya lebih kecil berbanding laptop yang dilengkapi HDD atau pemacu hibrid (HDD+SSD). Apa pun, tujuh fakta di bawah ini sudah cukup untuk menguatkan tekad anda agar memiliki SSD. 

Antaranya:-
  • PRESTASI PANTAS
  • LEBIH SELAMAT
  • KURANG HABA
  • TIDAK SELERAK
  • JIMAT KUASA
  •  LEBIH SENYAP
  •  LEBIH RINGAN
Read more

6 August 2012

SURFACE TIMBUL DI PERMUKAAN






   Micrsoft Surface timbul ke permukaan dunia tablet. Menepati cita rasa kini, surface datang dalam dua versi, iaitu Surface dengan Windows RT dan Surface Pro dengan Windows 8 Pro.
   
   Windows RT adalah versi terbaru daripada windows 8 yang direka bersandarkan platform pemprosesan ARM, merangkumi antara muka dan paparan mesra sentuhan gaya metro. selain itu, ia turut menjalankan fungsi terhad desktop konvensional Windows dengan pengunaan Internet Explorer serta Microsoft Office.
    
    Untuk Surface Pro, sistem operasi (OS) Windows 8 Pro akan dikuasakan oleh pemproses terkini daripada Intel. ia mempunyai akses penuh kepada paparan Metro UI serta dapat menjalankan fungsi desktop Windows sepenuhnya.
Read more

5 August 2012

N900 model pintar terbaru Nokia









INFO
Spesifikasi

Rangkaian:
2G (GSM 850 / 900 / 1800/ 1900)
3G (HSDPA 900 / 1700 /2100)

Saiz Dimensi: 110.9 x 59.8 x 18mm, 113 cc
Berat: 181 gram

Paparan:
Jenis: TFT rintangan skrin sesentuh, warna 65K
Saiz: 800 x 480 piksel, 3.5 inci

Kunci navigasi:
Papan kekunci penuh mengelungsur

Bateri:
Li-Ion 1320 mAh (BL-5J)

Sambungan:
HSDPA, WiFi/WLAN, 3G,
EDGE, GPRS, Bluetooth,
USB, Inframerah (IrDA),
Kabel data

INFO APLIKASI:

Aplikasi Pejabat dan Produktiviti:
PDF Reader (Jarang disediakan
pada produk telefon)
Kalkulator
E-mel (termasuk sokongan POP)
Buku telefon
Pencatat nota
Kalendar
Jam

Media:
Pemain MP3
Pemain Video
Galeri foto
Perisian Kamera

Pelayaran web:
MicroB: Pelayar berasaskan
Mozilla (Pembangun FireFox)

Pembaca RSS: Digunakan bagi menyimpan pelbagai berita terkini
Sokongan Adobe Flash

Peta:
Peta Ovi
Penjejak laluan
GPS

Permainan digital:
Blocks
Chess
Mahjong
Marbles

Komunikasi:
Google Talk
Skype
SMS
MMS
IM
Read more

Klik SInI=)

OhBelog

GuaBlog