8 August 2012

HARD DISK TERPANTAS MASA KINI (SSD)



  Terbaru Solid-State Drive (SSD) boleh memberikan keyakinan lebih tinggi dan prestasi lebih pantas berbanding Hard Disk Drive (HDD). SSD adalah storan yang menggunakan memori flash NAND ‘tidak meruap’ (data tidak hilang apabila sumber kuasa dihentikan) untuk menyimpan data yang secara tradisinya bergantung kepada HDD mekanikal. Selain memori flash, komponennya meliputi pengawal, penghubung (SATA) dan papan litar.

FAKTA MENARIK SSD
     Harus diingatkan bahawa halangan utama dalam pemilihan SSD adalah harganya yang jauh lebih tinggi berbanding HDD. Contohnya, anda perlu membayar lebih untuk sebuah ultrabook yang dilengkapi SSD. Malah, kapasiti SSD yang ditawarkan biasanya lebih kecil berbanding laptop yang dilengkapi HDD atau pemacu hibrid (HDD+SSD). Apa pun, tujuh fakta di bawah ini sudah cukup untuk menguatkan tekad anda agar memiliki SSD. 

Antaranya:-
  • PRESTASI PANTAS
  • LEBIH SELAMAT
  • KURANG HABA
  • TIDAK SELERAK
  • JIMAT KUASA
  •  LEBIH SENYAP
  •  LEBIH RINGAN

0 comments:

Klik SInI=)

OhBelog

GuaBlog